Friday, May 8, 2009

Kelebihan Memiliki Blog

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tahukah bahawa blog boleh juga dijadikan website jualan?.Untuk pengetahuan anda, blog juga amat sesuai dijadikan website jualan produk.Sekiranya anda ada pelbagai produk yang ingin dipasarkan, cuma perlu buat blog dan memberikan butiran produk yang ingin dipasarkan dan juga meletakkan gambar, video atau audio tentang produk tersebut. Bayangkan dari tidak mempunyai masa yang banyak untuk merekabentuk website, kini anda telah memiliki website perniagaan sendiri! Sekiranya anda masih agak kabur, di sini saya beri nota ringkas bagaimana membina website jualan tersebut

1.Buat blog dengan Wordpress, blogspot atau lain2..
2.Tukar tema blog kepada yang bersesuaian dengan produk
3.Upload gambar produk,video atau audio juga jika ada
4.Letakkan Contact Form pada blog
5.Tulis keterangan produk dan cara untuk dihubungi.

Lihatlah betapa mudah membina website perniagaan internet. Di samping itu di ruangan komen pula pelanggan boleh berinteraksi seperti mengajukan soalan, memberi pendapat dan juga testimoni produk anda nanti. anda juga boleh menjawab soalan para pelanggan dan juga memberi maklumat tambahan melalui ruangan komen tersebut.

Bagaimana pula pendapat anda tentang blog? adakah blog sekadar hanya tempat untuk meluahkan pandangan peribadi ataupun sekadar diari harian sahaja? Blog sebenarnya lebih
dari itu..kerana blog merupakan website masa hadapan. Blog kini semakin diminati dan semakin mendapat perhatian sebagai media alternatif.Jadi inilah peluang anda untuk mengembangkan
rangkaian anda.Lihat saja tokoh politik, jutawan perniagaan internet Dr Irfan Khairi pun menggunakan blog untuk perniagaan. Anda juga perlu memiliki blog sendiri.

No comments:

Post a Comment