Sunday, May 10, 2009

Apa sebenarnya Sistem Affiliate Ini?

Baiklah! bagi mereka yang masih kabur-kabur tentang "Apa itu sistem affililiate?", biar saya jelaskan secara ringkas mengenainya.

Jika di dalam dunia nyata, "Sistem Affiliate" boleh diumpamakan sebagai sebuah "Program Agen" yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan. Seperti syarikat menjual kereta yang mewujudkan "agen jurujual kereta" , syarikat insuran yang mewujudkan beribu-ribu "agen insuran", serta syarikat jualan hartanah yang mengupah ramai "agen-agen hartanah" di dalam syarikat mereka.

Seperti yang anda sedia maklum, kesemua agen-agen di syarikat tersebut.. hanya akan mendapat "komisyen" apabila terdapat jualan yang dihasilkan.

Begitulah juga dengan "Sitem Affiliate" , sistem affiliate adalah merupakan satu "Program Agen" secara maya. Ianya adalah sebuah "sistem" yang dipasangkan di website perniagaan anda. Menerusi sistem affiliate ini, anda mampu untuk menguruskan "program agen" tersebut seperti, melihat senarai agen yang mendaftar, melihat hasil jualan setiap agen, membayar komisyen kepada agen yang layak, menyediakan bahan-bahan promosi untuk agen dan sebagainya.

Apa yang pasti dan penting yang ingin saya sampaikan disini, dengan memasang sistem affiliate di website perniagaan anda, anda akan memperolehi banyak manfaat:-

  • Anda sudah tidak perlu bersusah payah mempromosikan website anda seorang diri
  • Beribu-ribu orang (agen) akan membantu anda mempromosikan website jualan anda
  • Tidak perlu menangung risiko kos pengiklanan yang tidak berkesan
  • Tidak perlu membayar kepada agen yang tidak membuat sebarang jualan
  • Aktiviti pemasaran anda mampu bertahan lama selagi mana terdapat agen-agen baru yang mendaftar dan selagi mana banner-banner iklan anda tidak digugurkan dari website agen-agen affiliate anda

Saturday, May 9, 2009

Nak Wat Akaun Paypal?

Assalamualaikum...

Ha kepada sume blogger2 yang rasa-rasanya memerlukan akaun paypal tapi takde kad kredit, bley inform kat aku. aku ada cara nak watkan korang ada akaun paypal. Cuma RM25 je.. Bukan apa, di dalam banyak2 program affiliate yang korang join, mesti ada yang dari luar negara dan memerlukan akaun paypalkan? so inform je kat aku, aku akan bantu korang.. Saje Cari makan kat blog aku ni.. hehe...

korang bley add YM aku..

alim_boyz89@yahoo.com.my

Bagaimana Blog Menghasilkan Duit?

Bagi pemilik blog, ramai yang tahu apa jawapannya. Pengiklanan di blog secara langsung (jual kotak iklan, pengiklanan melalui agen iklan (Nuffnang, Adsense), menjual produk affiliate, khidmat nasihat kepada pembaca blog, menjual produk MLM, ini semua adalah kebiasaannya bagaimana kita menghasilkan duit melalui blog.

Namun, adakah cara tersebut boleh menghasilkan jutaan Ringgit? Boleh? Kalau anda kata boleh saya sangat respect anda, kerana anda telah mempunyai minda jutawan yang lebih ultimate dari saya. Kerana saya sendiri belum dapat fikirkan cara ini sehingga boleh buat jutaan Ringgit dalam masa yang singkat. Kalau kumpul sales 10 tahun dapat RM 1 juta saya tak berminat.

Bagi saya cara mudah, senang dan sangat pasti berjaya ialah berfikir di luar kotak? Kebanyakan blogger berfikir hanya di dalam kotak sahaja. Minda jutawan adalah minda di luar kota. Cuba baca tag line di header saya:

“Dengan daya pemikiran yang biasa, adalah hampir mustahil untuk anda mencapai sesuatu yang luar biasa”

Jadi, apanya yang di luar kotak? Kalau yang pernah bermain permainan menyambungkan 9 titik dengan 4 gerakan sahaja (permainan motivasi), mungkin anda sudah faham apa maksud saya. Berfikir di luar kotak ialah berfikir di luar kebiasaan. Kalau orang semua jual iklan anda beli iklan (contoh jer tu). Kalau orang jual barang affiliate anda biat produk sendiri (tapi buat produk dah jadi perkara dalam kota sekarang ni).

Kalau nak cerita pasal falsafah bagaimana berfikir di luar kotak, rasanya saya dah selesai. Namun saya tahu, ramai pembaca yang lebih gemar jika saya memberikan contoh spesifik yang boleh menjadi role model untuk menjadi pencetus inspirasi.

Kalau sebut pasal internet marketer (IM), ramai yang terbayang IM ada produk digital sendiri atau menjual produk digital orang lain (ebook dan sebagainya). itu IM dalam kotak. Sebenarnya IM boleh memasarkan apa sahaja melalui blog. Cuba anda bayangkan, anda subscribe newsletter seorang blogger (misalannya saya). Apa tawaran yang anda dapat selalunya ialah tawaran untuk membeli produk digital atau produk MLM. Itu sangat biasa. Namun bukan itu sahaja yang boleh dijual melalui blog atau newsletter.

Terdapat pelbagai lagi item yang kita masih tidak sedar yang boleh memberi kita keuntungan yang berlipat kali ganda.

Jadi kepada anda yang mempunyai idea yang menarik, silalah berkongsi di sini..

Blog Percuma VS Blog Berbayar

Assalamualaikum..

Sebagaimana yang kita tahu terdapat penyedia perkhidmatan blog yang percuma ataupun yang berbayar, iaitu blog yang dihostkan di hosting sendiri. Persoalannya, antara blog percuma dan blog berbayar, yang manakah paling bagus?

Pada pendapat saya, blog sama ada percuma mahupun berbayar mempunyai kekuatan masing-masing. Yang paling penting adalah content blog tersebut. Tidak ada gunnya jika blog kita blog berbayar tetapi kandungan yang tidak memuaslan hati pembaca. Dan jika kita menggunakan blog percuma sekali pun, kalau kita pandai menarik hati pembaca untuk terus membaca blog kita apa salahnya.

Oleh itu, kandungan sesuatu blog adalah aset penting dalam berjaya sesuautu blog.

Dan pada pendapat anda, antara blog percuma dan berbayar yang manakah bagus?

Di ambil dari http://blog.zairizaidi.com/pendapat/blog-percuma-atau-blog-berbayar/



Friday, May 8, 2009

Blog, Affiliate, Ebook

PERMULAAN PERJUANGAN INTERNET MARKETING!!

Internet Marketing? pasti ramai yang sudah mengetahui apa itu Internet Marketing.. persoalannya bolehkan 'kita' juga menyertai Internet Marketing dan apakah cabang serta yang paling bersesuaian dengan kita yang sebagai NewBie ini untuk bermula?

Secara jujurnya saya LANGSUNG tidak percaya dengan kata-kata yang kita selalu jumpa di mana-mana blog iaitu ‘menjadi jutawan dalam masa 3 hari’, ‘daftar dan goyang kaki anda akan dapat income secara senyap’. Ini semua hanyalah teknik untuk menarik pelanggan. Tidak salah untuk menarik pelanggan, tetapi janganlah terlalu ‘OVER’!

Bagi saya, antara ketiga-tiga produk ini, saya sangat menyukai affiliate. sangat mudah dan senang untuk ‘cari makan’ di dalam Internet Marketing. Dan secara jujurnya, bukanlah senang untuk berjaya walaupun ianya mudah. Usaha adalah penting dan jangan sekali-kali kita ‘give up’. Namun dengan Affiliate, kita tidak perlu berusaha secara berterusan, hanyalah pada permulaannya sahaja.

Bukanlah bermaksud Ebook dan Blog itu tidak bagus, cuma bagi saya yang sangat malas, saya mencari yang termudah dahulu sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya. Sebagai contoh, secara tidak langsung saya dapat meng ‘edit’ sedikit sebanyak blog saya dan memberitahu pendapat saya. Di samping itu juga saya dapat menguploadkan kesemua program affiliate yang saya sertai ke dalam blog saya.

Mengapa perlu hipokrit untuk menarik pelanggan? Adalah lebih baik untuk kita jujur sebelum pelanggan membeli Ebook kerana bagi saya, EBook yang telah di beli dan tidak seperti yang di janjikan akan melemahkan semangat para rakan-rakan Internet Marketing kita. Jujurlah!!

Jika anda semua ada pendapat tentang Ebook, Affiliate dan Blog, berilah comment diantara ketiga-tiga produk tersebut, mana yang lebih menarik…

Kelebihan Memiliki Blog

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tahukah bahawa blog boleh juga dijadikan website jualan?.Untuk pengetahuan anda, blog juga amat sesuai dijadikan website jualan produk.Sekiranya anda ada pelbagai produk yang ingin dipasarkan, cuma perlu buat blog dan memberikan butiran produk yang ingin dipasarkan dan juga meletakkan gambar, video atau audio tentang produk tersebut. Bayangkan dari tidak mempunyai masa yang banyak untuk merekabentuk website, kini anda telah memiliki website perniagaan sendiri! Sekiranya anda masih agak kabur, di sini saya beri nota ringkas bagaimana membina website jualan tersebut

1.Buat blog dengan Wordpress, blogspot atau lain2..
2.Tukar tema blog kepada yang bersesuaian dengan produk
3.Upload gambar produk,video atau audio juga jika ada
4.Letakkan Contact Form pada blog
5.Tulis keterangan produk dan cara untuk dihubungi.

Lihatlah betapa mudah membina website perniagaan internet. Di samping itu di ruangan komen pula pelanggan boleh berinteraksi seperti mengajukan soalan, memberi pendapat dan juga testimoni produk anda nanti. anda juga boleh menjawab soalan para pelanggan dan juga memberi maklumat tambahan melalui ruangan komen tersebut.

Bagaimana pula pendapat anda tentang blog? adakah blog sekadar hanya tempat untuk meluahkan pandangan peribadi ataupun sekadar diari harian sahaja? Blog sebenarnya lebih
dari itu..kerana blog merupakan website masa hadapan. Blog kini semakin diminati dan semakin mendapat perhatian sebagai media alternatif.Jadi inilah peluang anda untuk mengembangkan
rangkaian anda.Lihat saja tokoh politik, jutawan perniagaan internet Dr Irfan Khairi pun menggunakan blog untuk perniagaan. Anda juga perlu memiliki blog sendiri.