Sunday, May 10, 2009

Apa sebenarnya Sistem Affiliate Ini?

Baiklah! bagi mereka yang masih kabur-kabur tentang "Apa itu sistem affililiate?", biar saya jelaskan secara ringkas mengenainya.

Jika di dalam dunia nyata, "Sistem Affiliate" boleh diumpamakan sebagai sebuah "Program Agen" yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan. Seperti syarikat menjual kereta yang mewujudkan "agen jurujual kereta" , syarikat insuran yang mewujudkan beribu-ribu "agen insuran", serta syarikat jualan hartanah yang mengupah ramai "agen-agen hartanah" di dalam syarikat mereka.

Seperti yang anda sedia maklum, kesemua agen-agen di syarikat tersebut.. hanya akan mendapat "komisyen" apabila terdapat jualan yang dihasilkan.

Begitulah juga dengan "Sitem Affiliate" , sistem affiliate adalah merupakan satu "Program Agen" secara maya. Ianya adalah sebuah "sistem" yang dipasangkan di website perniagaan anda. Menerusi sistem affiliate ini, anda mampu untuk menguruskan "program agen" tersebut seperti, melihat senarai agen yang mendaftar, melihat hasil jualan setiap agen, membayar komisyen kepada agen yang layak, menyediakan bahan-bahan promosi untuk agen dan sebagainya.

Apa yang pasti dan penting yang ingin saya sampaikan disini, dengan memasang sistem affiliate di website perniagaan anda, anda akan memperolehi banyak manfaat:-

  • Anda sudah tidak perlu bersusah payah mempromosikan website anda seorang diri
  • Beribu-ribu orang (agen) akan membantu anda mempromosikan website jualan anda
  • Tidak perlu menangung risiko kos pengiklanan yang tidak berkesan
  • Tidak perlu membayar kepada agen yang tidak membuat sebarang jualan
  • Aktiviti pemasaran anda mampu bertahan lama selagi mana terdapat agen-agen baru yang mendaftar dan selagi mana banner-banner iklan anda tidak digugurkan dari website agen-agen affiliate anda

No comments:

Post a Comment