Friday, May 8, 2009

Blog, Affiliate, Ebook

PERMULAAN PERJUANGAN INTERNET MARKETING!!

Internet Marketing? pasti ramai yang sudah mengetahui apa itu Internet Marketing.. persoalannya bolehkan 'kita' juga menyertai Internet Marketing dan apakah cabang serta yang paling bersesuaian dengan kita yang sebagai NewBie ini untuk bermula?

Secara jujurnya saya LANGSUNG tidak percaya dengan kata-kata yang kita selalu jumpa di mana-mana blog iaitu ‘menjadi jutawan dalam masa 3 hari’, ‘daftar dan goyang kaki anda akan dapat income secara senyap’. Ini semua hanyalah teknik untuk menarik pelanggan. Tidak salah untuk menarik pelanggan, tetapi janganlah terlalu ‘OVER’!

Bagi saya, antara ketiga-tiga produk ini, saya sangat menyukai affiliate. sangat mudah dan senang untuk ‘cari makan’ di dalam Internet Marketing. Dan secara jujurnya, bukanlah senang untuk berjaya walaupun ianya mudah. Usaha adalah penting dan jangan sekali-kali kita ‘give up’. Namun dengan Affiliate, kita tidak perlu berusaha secara berterusan, hanyalah pada permulaannya sahaja.

Bukanlah bermaksud Ebook dan Blog itu tidak bagus, cuma bagi saya yang sangat malas, saya mencari yang termudah dahulu sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya. Sebagai contoh, secara tidak langsung saya dapat meng ‘edit’ sedikit sebanyak blog saya dan memberitahu pendapat saya. Di samping itu juga saya dapat menguploadkan kesemua program affiliate yang saya sertai ke dalam blog saya.

Mengapa perlu hipokrit untuk menarik pelanggan? Adalah lebih baik untuk kita jujur sebelum pelanggan membeli Ebook kerana bagi saya, EBook yang telah di beli dan tidak seperti yang di janjikan akan melemahkan semangat para rakan-rakan Internet Marketing kita. Jujurlah!!

Jika anda semua ada pendapat tentang Ebook, Affiliate dan Blog, berilah comment diantara ketiga-tiga produk tersebut, mana yang lebih menarik…

No comments:

Post a Comment