Saturday, May 9, 2009

Bagaimana Blog Menghasilkan Duit?

Bagi pemilik blog, ramai yang tahu apa jawapannya. Pengiklanan di blog secara langsung (jual kotak iklan, pengiklanan melalui agen iklan (Nuffnang, Adsense), menjual produk affiliate, khidmat nasihat kepada pembaca blog, menjual produk MLM, ini semua adalah kebiasaannya bagaimana kita menghasilkan duit melalui blog.

Namun, adakah cara tersebut boleh menghasilkan jutaan Ringgit? Boleh? Kalau anda kata boleh saya sangat respect anda, kerana anda telah mempunyai minda jutawan yang lebih ultimate dari saya. Kerana saya sendiri belum dapat fikirkan cara ini sehingga boleh buat jutaan Ringgit dalam masa yang singkat. Kalau kumpul sales 10 tahun dapat RM 1 juta saya tak berminat.

Bagi saya cara mudah, senang dan sangat pasti berjaya ialah berfikir di luar kotak? Kebanyakan blogger berfikir hanya di dalam kotak sahaja. Minda jutawan adalah minda di luar kota. Cuba baca tag line di header saya:

“Dengan daya pemikiran yang biasa, adalah hampir mustahil untuk anda mencapai sesuatu yang luar biasa”

Jadi, apanya yang di luar kotak? Kalau yang pernah bermain permainan menyambungkan 9 titik dengan 4 gerakan sahaja (permainan motivasi), mungkin anda sudah faham apa maksud saya. Berfikir di luar kotak ialah berfikir di luar kebiasaan. Kalau orang semua jual iklan anda beli iklan (contoh jer tu). Kalau orang jual barang affiliate anda biat produk sendiri (tapi buat produk dah jadi perkara dalam kota sekarang ni).

Kalau nak cerita pasal falsafah bagaimana berfikir di luar kotak, rasanya saya dah selesai. Namun saya tahu, ramai pembaca yang lebih gemar jika saya memberikan contoh spesifik yang boleh menjadi role model untuk menjadi pencetus inspirasi.

Kalau sebut pasal internet marketer (IM), ramai yang terbayang IM ada produk digital sendiri atau menjual produk digital orang lain (ebook dan sebagainya). itu IM dalam kotak. Sebenarnya IM boleh memasarkan apa sahaja melalui blog. Cuba anda bayangkan, anda subscribe newsletter seorang blogger (misalannya saya). Apa tawaran yang anda dapat selalunya ialah tawaran untuk membeli produk digital atau produk MLM. Itu sangat biasa. Namun bukan itu sahaja yang boleh dijual melalui blog atau newsletter.

Terdapat pelbagai lagi item yang kita masih tidak sedar yang boleh memberi kita keuntungan yang berlipat kali ganda.

Jadi kepada anda yang mempunyai idea yang menarik, silalah berkongsi di sini..

No comments:

Post a Comment